MEGA FIESTA TVET TRACKING SYSTEM
  • Peserta
  • Penyedia
  • Pentadbir
  1. Home
  2. MAJLIS PERASMIAN MEGA FIESTA TVET POLYCC 2025
Responsive image

MAJLIS PERASMIAN MEGA FIESTA TVET POLYCC 2025

Lokasi : POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Institusi : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Unit : Gugusan Unit-unit Sokongan

Mula : 15/07/2025 08:00AM
Tamat : 15/07/2025 01:00PM


Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan strategik dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompeten, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025. Melalui peruntukan yang signifikan bagi memperkukuh TVET dan meningkatkan kolaborasi industri, Malaysia menegaskan komitmen terhadap pemerkasaan modal insan yang memenuhi keperluan ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi perlu seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, TVET dikenali sebagai pemacu utama pembangunan modal insan dengan kerjasama industri untuk memastikan program latihan sentiasa relevan dengan teknologi terkini. Usaha ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan holistik pelajar dari segi intelek, emosi, rohani, dan fizikal. Kerjaya merupakan satu aspek utama dalam kehidupan seseorang di dunia ini. Dewasa ini, pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan bidang yang dipelajari semasa di peringkat pengajian menengah dan pengajian tinggi menjadi keutamaan kepada semua pelajar. Namun begitu, keadaan semasa dan ekonomi dunia turut memerlukan graduan yang kompetetif dalam bekerja dan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperolehi secara formal dan tidak formal.
Mega Fiesta TVET 2025 yang bermula 15 Julai 2025 hingga 25 September 2025 merupakan rangkuman aktiviti-aktiviti dibawah naungan pendidikan TVET. Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk menjayakan program Mega Fiesta TVET 2025 adalah seperti berikut:
a)         Mega Fiesta TVET 2025 - Aktiviti PSH, kursus, bengkel dan seminar dalam bidang TVET secara bersemuka, dalam talian dan hibrid di semua jabatan dan unit PSMZA
b)         Program Robotik anjuran bersama JPNT dan SASBADI (14-15 Julai 2025)
c)         Sesi Uji bakat Astro Innovathon S3 (16-17 Julai 2025)
d)         Program National BIM (21-24 Julai 2025)
e)         Sukan Kayuhan Basikal: Ride Like a Champion bersama Dato' Azizulhasni bin Awang (10 Ogos 2025)
f)          Motivational Talk: Aspirasi Jaguh Lumba Basikal Menggapai Impian oleh Dato' Azizulhasni bin Awang (10 Ogos 2025)
g)         Program i-MaTRiX (12-13 Ogos 2025)
h)        NextGen Career Carnival 2025 (11-14 Ogos 2025) 
i)          Kursus Asas Kayak, Sambutan Kemerdekaan Malaysia dan Sketsa Kemerdekaan PSMZA di Little Amazon Terengganu Zon Timur Tahun 2025 (23-24 Ogos 2025)
j)          Aktiviti Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
k)         Aktiviti Pameran Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
l)          Aktiviti COT Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
m)        Aktiviti Keusahawanan Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
n)        Aktiviti PSH Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
o)         Aktiviti Pameran Fiesta Konvokesyen Zon Timur 2025 (19-25 September 2025)
p)         Majlis Penyerahan Sijil MBR 2025 (25 September 2025)
q)         Mega Fiesta TVET 2025 - Aktiviti PSH, kursus, bengkel dan seminar dalam bidang TVET secara bsersemuka, dalam talian dan hibrid oleh POLYCC (15 Julai - 25 September 2025)

 

2025 MEGA FIESTA TVET TRACKING SYSTEM