MEGA FIESTA TVET TRACKING SYSTEM
  • Program
  • Peserta
  • Penyedia
  • Pentadbir
  1. Home
  2. JOM SIHAT : SENAMROBIK
Responsive image

JOM SIHAT : SENAMROBIK

Lokasi : KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Institusi : KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

Mula : 28/07/2025 08:00AM
Tamat : 28/07/2025 09:00AM


Program "Jom Sihat Senamrobik bersama Kolej Komuniti Pasir Salak" merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Kelab Staf Kolej Komuniti Pasir Salak (KEKOMPAS) bersama Unit Belia dan Sukan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kolej Komuniti Pasir Salak. Program ini dijalankan dalam bentuk aktiviti senamrobik berkumpulan secara santai dan menyeronokkan, dikendalikan oleh jurulatih bertauliah. 


Objektif Program

  1. Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti senamrobik.
  2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental.
  3. Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara warga kolej.

Manfaat Program

  • Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan dalam kalangan peserta.
  • Menyemai budaya kerja yang positif, ceria dan produktif di kalangan staf.

 

 

 

2026 MEGA FIESTA TVET TRACKING SYSTEM