GUIZHOU- MALAYSIA EDUCATION INTERNATIONAL EXCHANGE PROGRAM “SUPER BRIDGES OF GUIZHOU STUDY PROGRAM"
Lokasi : GUIZHOU COMMUNICATION POLYTECHNIC UNIVERSITY, CHINA Institusi : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Unit : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Mula : 15/07/2025 08:00AM Tamat : 21/07/2025 06:00PM
Program International Collaboration and Educational Sharing Session: Guizhou–Malaysia Educational Exchange Program “Super Bridges of Guizhou” Study Program merupakan inisiatif pertukaran pendidikan dan kolaborasi antarabangsa antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Malaysia dan Guizhou Communication Polytechnic University (GCPX), China. Program yang akan berlangsung dari 15 hingga 21 Julai 2025 ini bertempat di wilayah Guizhou, China, dan dirangka bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah terhadap teknologi pembinaan infrastruktur mega yang menjadi kebanggaan negara China, khususnya dalam bidang pembinaan jambatan moden bertaraf dunia.
Sepanjang tujuh hari program, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian akademik, lawatan teknikal ke tapak pembinaan jambatan, serta kursus pengalaman budaya dan kejuruteraan tempatan. Turut dirancang ialah lawatan ke landskap geografi dan destinasi pelancongan pendidikan yang unik di Guizhou bagi memperkaya pembelajaran luar kelas. Selain itu, forum pendidikan dan perbincangan strategik antara institusi juga akan diadakan untuk meneroka potensi kerjasama lanjut dalam bidang TVET, penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar.
Program ini bukan sahaja menyokong usaha pengantarabangsaan institusi, malah memperkukuh hubungan dua hala serta memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan soft skill pelajar dalam konteks global.