BOMBA MESRA KOMUNITI SEMPENA NATIONAL FIREFIGHTER DRILL (NFD)
Lokasi : AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TIMUR, MARANG, TERENGGANU Institusi : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Unit : Gugusan Unit-unit Sokongan
Mula : 26/07/2025 09:00AM Tamat : 29/07/2025 04:30PM
Bersedia untuk pengalaman luar biasa dan penuh aksi bersama wira-wira merah kita!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan keluarga, antaranya:
Sukaneka Komuniti: Tarik tali, Darling Carry, PPE Challenge, Tarik Jentera Bomba, Wall Climbing, Menyelamatkan Mangsa
Pameran Haiwan Berbisa: Saksikan sendiri ular dan teknik pengendaliannya!
Pertandingan Mewarna untuk si cilik
Pertandingan Memasak untuk yang hebat di dapur
Tunjuk Cara Menarik:
Teknik pemadaman api
Bantuan awal kecemasan
Pengendalian haiwan berbisa
Masuk ke Rumah Asap & Rumah Latihan Alat Pernafasan
Simulasi pemadaman kebakaran sebenar!
Jangan lupa singgah di Pameran Kebombaan dan Jualan Rahmah juga!
Paling best — SEK AWOK boleh rasa sendiri pengalaman menjadi BOMBA SEBENAR!
Pegang hos air, pakai PPE, padam api betul-betul — bukan main-main!
Sertai kami, rasai sendiri debaran dan cabaran sebagai anggota bomba!
BOMBA MESRA KOMUNITI — Bukan Sekadar Tontonan, Tapi Pengalaman!